Pages

Wednesday 13 February 2013

Peningkatan Ekonomi Tamadun China


  1. Peningkatan ekonomi tamdun China berlaku sejak zaman Dinasti Shang lagi.
  2. Antara kemajuan yg dicapai ialah kemajuan pertanian, perdagangan dalam negeri dan luar negara, perusahaan dan pembentukan persatuan perniagaan.
  3. Semasa zaman Dinasti Han, kemajuan dalam bidang pertanian yang dicapai ialah pengenalan alat tenggala untuk membuat batas tanaman.
  4. Pencipata kolar kuda telah membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, kereta sorong beroda dan penyisir tanah.
  5. Kolar kuda adalah sumbangan tamadun China yg penting untuk menarik kenderaan berat serta bebannya.
  6. Kolar kuda yang diperkenalkan oleh tamadun China adalah lebih baik berbanding kolar kuda di Barat yang boleh menyebabkan kuda tercekik.
  7. Kolar kuda tamadun China yg diperkenalkan sejak abad keempat Selebum Masihi ini telah dapat menarik beban sehingga 1.5 tan dan penggunaannya tidak melemahkan dan atau menyebabkan kuda tersebut tercekik.
  8. Peningkatan dalam bidang pertanian telah mengalami perkembangan dan peningkatan sejak zaman Dinasti Tang hingga ke zaman Dinasti Ching dengan terciptanya alat kegunaan pertanian.
  9. Sistem tanaman giliran telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah.
  10. Semasa zaman Dinasti Shang kawasan bukit telah diteres untuk kegiatan pertanian.
  11. Sistem pengairan juga telah diwujudkan dengan pembinaan terusan untuk membekalkan air ke kawasan pertanian dan terkawal.
  12. Kawasan terhadap banjir juga telah dapat dilaksanakan melalui penggunaan terusan yang telah dibina.
  13. Semasa zaman Dinasti Han, kegiatan perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah mengalami perkembangan yanga pesat.
  14. Hasil perusahaan tersebut telah diperdagangkan ke kawasan luar China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.
  15. Hasil ini telah dibawa melalui jalan darat iaitu menerusi Jalan Sutera pada peringkat awalnya.
  16. Bermula pada zaman Dinasti Tang, jalan laut mula digunakan dan ini terbukti dengan penemuan tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan-kawasan tersebut.
  17. Terdapat juga barangan logam yang telah diperdagangkan
  18. Kemunculan persatuan perdagangan di China telah membawa kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar.
  19. Perkembangan ekonomi yang pesat ini disebabkan oleh perkembangan dalam sistem perhubungan  seperti pembinaan jalan raya, jambatan dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.