Pages

Monday 11 February 2013

Peningkatan Ekonomi Tamadun Yunani


  1. Akitiviti ekonomi seperti kegiatan perdagangan menjadi tumpuan utama di hampir semua negara kota di Yunani, kecuali Sparta.
  2. Keadaan bentuk muka buminya yang bergunung-ganang sesuai untuk kegiatan pertanian.
  3. Terdapat peningkatan yang tinggi dalam kegiatan perdagangan dengan kawasan luar menerusi jalan laut.
  4. Pada peningkatan awalnya, kegiatan perdagangan hanya berlaku antara kawasan di persisiran pantai yang berhampiran dengan Mesir, Syria dan Phoenecia.
  5. Kekurangan tanah untuk kegiatan pertaniaan menyebabkan Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan makanan.
  6. Keadaan ini menyebabkan negara kota Yunani terpaksa mendapatkan bekalan makanan dari kawasan luar.
  7. Athens telah mendapatkan bekalan makanan dari kawasan selatannya dan dari Laut Hitam.
  8. Athens juga telah menjadi pusat pengumpulan barang keperluan yang datang dari Timur.
  9. Kenaikan cukai barang yang diperdagangkan telah menyebabkan kenaikan harga barang.
  10. Perkara ini menyebabkan banyak rakyat Yunani berpindah ke tempat-tempat lain seperti Alexandria pada zaman Graeco-Roman iaitu pada tahun 300 S.M.