Pages

Monday 14 January 2013

Tamadun Mesir



Lokasi

  1. Tamadun Mesir adalah anugerah daripada Sungai Nil yg mengalir dari bahagia utara Mesir ke Laut  Mediterranean.
  2. Di tebing sungai Nil inilah lahirnya Tamadun Mesir Purba.
  3. Sungai Nil berpunca daripada dua anak sungai, iaitu sungai Nil Biru yang bermula dari tanah tinggi di Ethiopia dan sungai Nil Putih yg bermula di Tasik Victoria di Uganda.
  4. Limpahan air sungai Nil ke tanah yg gersang serta berpadang pasir telah berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir kepada sebuah tanah yg subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian yg diusahakan oleh manusia.

Tempoh Masa

  1. Tamadun Mesir telah berkembang daripada petempatan awal pada zaman Neolitik, iaitu antara tahun 10 000 S.M. hingga 5000 S.M..
  2. Pada tahun 3500 S.M. wilayah di persekitaran delta serta di bahagian pertengahan Mesir telah berkembang menjadi pusat tamadun awal. Tamadun Mesir purba ini dapat dibahagikan kepada empat zaman.
          Awal ( 3100-2200 S.M.)
         Pertengahan (2040-1785 S.M.)
         Empayar  (1570-1085 S.M.)
         Keruntuhan (1085-322 S.M.)

    3.  Tempoh  peralihan antara keruntuhan sesebuah kerajaan dengan penubuhan kerajaan baru adalah              
         lama

    4.  Selepas melalui zaman kegemilangannya pada Zaman Empayar, tamadun Mesir telah mengalami
         zaman kejatuhannya apabila pemerintahnya dikuasai oleh orang asing seperti Libya (1100 - 947
         S.M.), Kush (730 - 670 S.M.), Assyria (663 - 609 S.M.), Parsi (525 S.M.), Yunani (332 - 30
         S.M.) dan akhirnya Rom pada tahun 30 S.M..



Prosese pembentukan tamadun


  1. Manusia yg tinggal di Lembah Nil telah mencipta tahap-tahap kebudayaan gangsa pada Zaman Logam sejak tahun 5000 S.M.
  2. Penggunaan alat logam membolehkan mereka membina sistem perparitan dan pengairan yg baik untuk kegiatan pertanian.
  3. Daya cipta ini membolehkan manusia yg mendiami lembah ini membina peralatan kawalan air dan terusan untuk meninggikan lagi nilai kesuburan tanah.
  4. Tindakan ini diambil untuk mendirikan petempatan tetap yg berteraskan pertanian.
  5. Petempatan awal di lembah Nil telah berkembang menjadi sebuah perkampungan.
  6. Kampung-kampung ini akan membentuk beberapa buah bandar yg kemudiannya bergabung dan membentuk sebuah nome atau daerah.
  7. Kesemua nome ini kemudian telah disatukan dgn salah sebuah bandarnya menjadi pusat pentadbiran, contohnya Bandar Thinis, Memphis dan Thebes.