Pages

Thursday 3 January 2013

Pengertian Tamadun

Tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun, madain dan madana yg bermaksud tingggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan Inggeris yg mempunyai persamaan makna dgn tamadun ialah civilization yg berasal dpd perkataan Greek, iaitu citivas yg bermaksud bandar. Tamadun boleh didefinisikan sebagai kemajuan yg dicapai oleh manusia dari segi politik, sosial dan ekonomi. Tamadun juga boleh diertikan sebagai peradaban. Konsep tamadun menurut masyarakat Barat dikaitkan dgn pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran.Dari segi pandangan Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Islam amat menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah.Kedua-dua unsusr ini amat penting bagi mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat.Konsep tamadun mestilah mempunyai pencapaian lahiriah seperti keseniaan dan pembinaan kota serta pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.