Pages

Wednesday 6 February 2013

Perluasan Kuasa


  1. Empayar ialah sebuah kerajaan yang tertinggi dan berdaulat yang menguasai daerah yang luas.
  2. Pada asasnya, sejarah  peradaban manusia menunjukkan bahawa empayar bermula melalui penaklukan.
  3. Melalui penaklukan, seseorang pemerintah akan dapat meluaskan wilayah kekuasaannya dan mengukuhkan kekuasaan politiknya.
  4. Antara empayar yang terkenal termasuklah Empayar Yunani, Empayar Rom, Empayar Maurya dan Empayar Chin.
  5. Seseorang pemerintah yang kuat akan cuba untuk meluaskan kawasan pemerintahannya melalui penaklukan dan pembukaan kawasan baru.
  6. Kawasan yang ditakluk akan menerima apa sahaja yang dibawa oleh penakluk termasuk corak pemerintahan dan kebudayaan.