Pages

Thursday 17 January 2013

Tamadun Indus



Lokasi


  1. Tamadun Indus ialah tamadun terawal di India
  2. Tamadun ini terletak di Lembah Indus yg disaliri oleh Sunagi Indus.
  3. Sungai ini berpunca dari kawasan pergunungan Himalaya dan mengalir ke Laut Arab.
  4. Tamadun Indus juga dikenali sebagai Tamadun Harapan bersempena dengan  nama bandar utama dalam tamadun ini.
  5. Tamadun Indus terletak di bahagian barat laut  India.
  6. Kawasan ini dikelilingi oleh banjaran Makran, Pergunungan  Baluchistan, Punjab dan Rajasthan di bahagian timur serta Kathiawar dan Gujerat di bahagian tenggara.

Tempoh masa

  1. Tamadun ini muncul sekitar tahun 2500 S.M. dan mula  merosot  pada tahun 1800 S.M..
  2. Sehingga hari ini masih belum jelas fakta yg menyebabkan kehancuran  tamadun tersebut.
  3. Ramai ahli sejarah berpendapat ia mungkin disebabkan oleh serangan orang Aryan  serta bencana alam seperti banjir, kemarau dan gempa bumi.

Proses pembentukan tamadun
  1. Penduduk di bahagian barat laut India mengamalkan kehidupan secara nomad.
  2. Mereka menyara kehidupan dgn memburu dan mengumpulkan makanan dan hutan.
  3. Penduduk ini telah membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus.
  4. Sungai Indus penting kerana telah menyediakan kawasan tanah yang subur dan juga sumber air kepada penduduknya.
  5. Kepandaian penduduknya menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan kegiatan hasil pertanian dan seterusnya membawa kepada pertambahan penduduk
  6. Keadaan ini menyebabkan berlakunya perkembangan  bandar.
  7. Terdapat dua bandar utama di Lembah Indus iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa.
  8. Bandar Lothal dan Sutkagen  Dor merupakan bandar peladuhan yg penting.