Pages

Wednesday 30 January 2013

Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Rom



  1. Pada peringkat awal, Rom diperintah oleh raja-raja bangsa Etruscan yg terkenal dgn pemerintahan yg zalim dan tidak berperikemanusiaan.
  2. Raja Etruscan bukan berketurunan masyarakat Latin tempatan dan hal ini tidak disenangi oleh masyarakat Latin terutamanya apabila mereka mengamalkan pemerintahan secara mutlak.
  3. Masyarakat Latin dipimpin oleh golongan bangsawan yg dikenali sebagai patrician telah bangun memberontak dan hasilnya lahirlah pemerintahan bercorak republik pada tahun 509 S.M.
  4. Republik ialah sebuah negara yg ditadbir oleh wakil yg dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya dan diketuai oleh presiden.
  5. Dalam taamdun Rom, dua orang konsul telah dilantik oleh Dewan Senat untuk memerintah negara dalam tempoh tertentu.
  6. Konsul ini dibantu oleh Majlis yg dikenali sebagai Dewan Senat yg dianggotai oleh golongan bangsawan bagi membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan merangkap perundangan.
  7. Kebiasaannya, sebelum seseorang itu dilantik sebagai konsul, beliau ialah praeotor, iaitu pemerintah tentera.
  8. Pelantikan dua orang konsul bertujuan untuk menjamin kedaulatan dan kebajikan rakyat serta mengelakkan salah seorang daripada konsul ini mempunyai pengaruh yg lebih kuat.
  9. Dewan Senat pula dibantu oleh Dewan Perhimpunan yang dianggotai oleh semua rakyat Rom.
  10. Kuasa Dewan Perhimpunan adalah terhad, rakyat Rom berkumpul dan mendengar laporan tentang perkara yg dibincangkan oleh Dewan Senat.
  11. Fungsi Dewan Perhimpunan hanya untuk meluluskan atau mengesahkan undang-undang yg diputuskan oleh Dewan Senat.
  12. Sistem repulik di Rom telah mengalami perubahan semasa pemerintahan Julius Caesar apabila Rom mencapai taraf empayar.
  13. Hal ini demikian kerana Julius Caesar telah meluaskan kuasanya ke Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Prancis, Brittania dan beberapa kawasan di Jerman.
  14. Pemerintahan empayar telah menunjukan peningkatan dengan terbentuknya sistem pntadbiran berpusat, iaitu kesan penyatuan wilayah-wilayah kecil yg ditaklukinya.
  15. Julius Caesar telah menjadi seorang diktator yg menguasai angkatan tentera dan senat serta menggunakan gelaran maharaja.
  16. Empayar Rom telah diteruskan oleh Augustus yg juga menggelarkan dirinya sebagai maharaja dari tahun 27-14 S.M..
  17. Augustus berjaya mengekalkan keamanan selama 200 tahun. Zaman kegemilangan ini digelar sebagai Pax Romana (keamanan Rom).
  18. Augustus telah berjaya membawa keamanan, keagungan dan kesejahteraan kepada empayarnya yg terdiri daripada pelbagai bangsa di tiga buah benua, iaitu Asia, Afrika dan Eropah.