Pages

Sunday 17 February 2013

Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun India


  1. Dalam tamadun India, Zaman Vedik telah dianggap sebagai permulaan peningkatan dalam bidang pendidikan.
  2. Pendidikan pada zaman ini sangat memetingkan keagamaan dan agama Hindu menjadi asasnya.
  3. Kaum lelaki telah mendominasikan pendidikan pada zaman ini dan bagi kaum wanita pula mereka tidak mempunyai ruang untuk menerima pendidikan 
  4. Perhatian diberikan terhadap pembelajaran kitab-kitab Veda dan bahasa Sanskrit yang menjadi sumber pendidikan dan pengajaran yang penting.
  5. Kitab-kitab veda dihafal bagi mendalami isinya.
  6. Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan manusia bagi menghadapi hari selepas mati.
  7. Oleh itu, pendidikan agama menjadi tumpuan utama dalam bidang pendidikan.
  8. Segala hukum agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup dengan sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama.
  9. Pendidikan peringakat tinggi telah bermula selepas 100 S.M. di Kolej Brahman, sebelum ini pendidikan telah diajar di istana dan di rumah.
  10. Sebuah Universiti Buddha iaitu Nalanda telah ditubuhkan pada adab keempat Masihi.
  11. Untuk mencapai taraf sebagai Brahmin yg berpendidikan, seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya Veda yang mengandungi peraturan ritual, mantera dan lagu-lagu agama.
  12. Mereka juga harus mempelajari karya saintifik dan falsafah.
  13. Pendidikan tamadun India juga adalah untuk meningkatkan ilmu sains dan juga bertujuan untuk menambahkan ilmu serta mengatasi buta huruf selain mendapat jawatan dalam kerajaan.