Pages

Monday 18 February 2013

Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun China


  1. Marakat taamdun China amat menghargai pendidikan, perniagaan dan kesusasteraan dengan matlamat utamanya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan.
  2. Pendidikan di China boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat rendah, menengah dan tinggi.
  3. Di peringkat sekolah rendah, pendidikan tertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya.
  4. Pada peringkat menengah pula, tumpuan adaalh terhadap karangan dan sastera.
  5. Makala pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk menterjemahkan buku suci.
  6. Pendidikan di China adalah untuk menjawat jawatan di dalam kerajaan atau bertujuan untuk pentadbiran.
  7. Peperiksaan awam di China ialah peperiksaan awam yang tertua di dunia.
  8. Peperiksaan ini dikendalikan dengan kawalan yang amat ketat dan mereka yang didapati meniru akan dikenakan hukuman mati.
  9. Bagi memastikan tidak berlakunya penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tibanya hari peperiksaan.
  10. Mereka yang akan mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik dengan disediakan makanan. Mereka juga akan dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan.
  11. Peperiksaan awam di China mengandungi tiga tahap:                                                                                                                                      
            (a) Tahap pertama - Hsiu Tai (Ijazah Pertama)
            (b) Tahap Kedua - Chun-Jen (Sarjana)
            (c) Tahap Ketiga - Chin Shih (Doktor Falsafah)

   12. Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota dan tahap ketiga di ibu  
         kota empayar yang bertempat di istana iaitu di hadapan maharaja.
   13. Pelajar yang lulus peperiksaan di tahap pertama akan berpeluang untuk menjadi pegawai kerajaan
         dan yang  lulus tahap ketiga akan menjadi seorang pendidik.
   14. Peperiksaan  awam di China bagi tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun dan
         bagi  tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali.
   15. Peperiksaan awam ini telah menjamin kestabilan sosial dan politik di China kerana masyarakat
        menyanjung tinggi peperiksaan tersebut.