Pages

Sunday 30 December 2012

Tamadun Rom

Colloseum ialah tempat pertandingan basar/amphitheatre yang terletak di ibu kota negara Itali, iaitu Rom. Nama asal Colloseum ialah " Flavian Amphitheatre". Colloseum dibina oleh Raja Vespasian dan kemudiannya, disudahkan oleh anaknya Titus. Colloseum terkenal sebagai tempat pertunjukan yg besar seperti pertunjukan pertarungan antara binatang, pertarungan antara tahanan dan binatang, pertarungan air dengan cara melimpahi gelanggang dan pertandingan antara gladiator.