Pages

Saturday 29 December 2012

Tembok Besar China



Tembok Besar China ialah bianaan terpanjang yang pernah dibina menggunakan tenaga manusia. Tembok ini mula dibina pada zaman Dinasti Qin (Chin) dan diteruskan sehingga zaman Dinasti Ming. Pembinaannya mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Sesetengah sejarawan menganggarkan bahawa tembok ini siap dibina selepas 200 tahun pembinaannya.

Tembok Besar China dibina ekoran tercetus pelbagai pergolakan sehingga membawa kapada peperanagn antara beberapa suku kaum. Melalui dasar penyatuan China di bawah pemerintahan Maharaja Shin Huang Ti, ialahtu maharaja pertama daripada Dinasti Qin, perintah dikeluarkan bagi menggabungkan dan menyambungkan bahagian-bahagian yang sedia ada yang dibina pada Zaman Negara-nagara Berperang untuk menjadikannya benteng pertahanan yang kukuh.