Pages

Saturday 26 January 2013

Latar Belakang Tamadun Rom



  1. Tamadun Rom  muncul di kawasan Bukit  Palatine yg berhampiran dgn Sungai Tiber, di Lembah Latium yg didiami oleh masyarakat Latin.
  2. Pada masa pemerintahan Romulus pada tahun 753 S.M., lembah ini telah berkembang dan menjadi penting.
  3. Pada abad ke-2 Masihi, pemerintahan Rom telah mewujudkan masjlis perbandaran di setiap bandar.
  4. Majlis perbandaran tersebut menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom.
  5. Kewujudan majlis ini berjaya membawa kemajuan dan keselesaan hidup di bandar.
  6. Bandarnya dibina secara terancang dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas. tempat berdialog, rumah mandi awam dan istana.
  7. Bandar yg terkenal ialah Pompei yg mempunyai pelbagai kemudahan seperti pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat, kedai, pintu gerbang dan colloseum.
  8. Colloseum merupakan bangunan bulat tanpa atap dan menjadi tempat pertandingan bagi pahlawanan Rom.
  9. Pada tahun 80 Masihi, bandar Pompei mempunyai seramai 50000 orang penduduk.
  10. Di bandar ini juga terdapat sistem saliran bawah tanah yg menyalurkan air melalui paip sejauh 165 kilometer yg melibatkan 14 buah saliran atau terusan.
  11. Kewujudan saliran tersebut dapat membekalkan air kpd penduduknya ketika aman atau semasa peperangan serta dalam aktiviti perindustrian dan pengangkutan.