Pages

Sunday 27 January 2013

Latar Belakang Tamadun India



  1. Selepas era kecemerlangan antara tahun 2500-1800 S.M.,tamadun Indus telah mengalami keruntuhan.
  2. Kejatuhan ini dikaitkan dgn kedatangan org Aryan yg telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.
  3. Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik yg diambil sempena kelahiran kitab-kitab Veda dalam masyarakat Indus.
  4. Zaman ini merupakan satu zaman permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat Indus kerana pada zaman ini lahirnya agama Hindu.
  5. Masyarakat mula memberikan perhatian terhadap Lembah Ganges menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi.
  6. Pada zaman ini, terdapat golongan pemerintahan yg terdiri daripada golongan raja.
  7. Wujud dua buah kerajaan iaitu janapada (kerjaan kecil) dan mahajanapada (kerajaan besar).
  8. Chandragupta Maurya muncul untuk menyatukan kerajan kecil dan pada tahun 321 S.M. lahirlah sebuah empayar yg pertama di India.
  9. Keadaan ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya dan mencapai kemuncaknya pada masa pemerintahan Asoka.