Pages

Monday 21 January 2013

Tamadun Hwang Ho


Lokasi


  1. Seperti tamadun-tamadun lain, tamadun Hwang Ho juga yg terletak di lembah sungai.
  2. Tamadun ini muncul di Hwang Ho atau Sunagi Kuning.
  3. Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China (5464 km) dan terletak di bahagian utara negara China.
  4. Sungai ini mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke Teluk Bo Hai di sebelah timur.
  5. Bentuk fizikalnya yg bergunung-ganang dan berpadang pasir menyebabkan tamadun ini bersifat aetempat.

Tempoh Masa

  1. Tamadun ini dapat dikesan daripada jumpaan tengkorak homo sapien yg dikenali sebagai Peking Men.
  2. Ia dikatakan hidup pada tahun sekitar tahun 400 000 S.M.
  3. Perjumpaan ini membuktikan adanya kehidupan Zaman Paleolitik.
  4. Kehidupan zaman Neolitik pula dapat dikesan sekitar tahun 5000 S.M.
  5. Pada masa tersebut telah muncul aktiviti pertaniaan dan perdagangan.
  6. Dinasti Hsia telah mengasaskan pemerintahan dinasti pertama di China yg bermula pd tahun 2205-1050 S.M.
  7. Dinasti Shang pula telah dapat dikesan kewujudannya melalui jumpaan arkeologi yg menandakan permulaannya pada sekitar tahun 1766-1050 S.M.
  8. Pada hujung Dinasti Shang muncul kebangkitan hamba kerana kezaliman pemerintah Raja Shang.
  9. Ini mendorong Dinasti Chou mengambil kesempatan untuk  menyingkirkan dan menggantikan pemerintahan Shang dgn pemerintahannya yg bermula tahun 1050 S.M. hingga 256 S.M.

Prosese pembentukan Tamadun Hwang Ho

  1. Hwang Ho yg subur telah menyebabkan berlakunya perkembangan tamadun kawasan sekitarnya.
  2. Kawasan tanahnya yg subur telah menarik minat penduduk awal secara nomad untuk tinggal dan menetap di kawasan tersebut.
  3. Tapak Banpo yg berdekatan bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho.
  4. Mereka menjalankan aktiviti pertanian, penternakan binatang, mengumpul hasil hutan dan memburu binatang.
  5. Perkembangan petempatan awal ini telah membentuk beberapa buah bandar di Lembah Hwang Ho.
  6. Bandar Anyang merupakan antara bandar yg terawal bagi tamadun Hwang Ho
  7. Dinasti Shang telah membawa banyak kemajuan, terutamanya dalam usaha perluasan kuasa dan penyebaran budaya ke kawasan sekitarnya.
  8. Semasa Dinasti Chou, tamadun ini telah tersebar hingga ke bahagian selatan sunagi Yangtze.