Pages

Tuesday 22 January 2013

Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho



Negera kota 


  1. Negara yg terawal bagi tamadun Hwang Ho ialah Anyang.
  2. Ia terletak di kawasan tinggi di Sungai Huan.
  3. Di bandar ini terdapat istana, Kuil dan pusat pentadbiran.
  4. Ketua pemerintah iaitu raja, golongan pembesar dan golongan agama juga tinggal di kawasan bandar.
  5. Bandar Anyang dilengkapi dgn tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh perkampungan yg didiami oleh masyarakt petani.


Organisasi Sosial

  1. Struktur organisasi masyarakt Shang memperlihatkan golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas.
  2. Lapisan bawah terdiri daripada golongan petani yg membentuk sebahagian besar penduduk, memdiami kawasan luar bandar, iaitu di sekeliling kota.
  3. Terdapat juga golongan artisan yg mahir dalam teknologi gangsa terutamanya bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yg digunakan oleh tentera serta peralatan untuk upacara keagamaan.
  4. Oleh sebab itulah golongan pembesar sahaja mampu memiliki tentera dan sejata gangsa.
  5. Golongan ini telah dapat menggunakan keistimewaan mereka ini untuk memduduki golongan bawahan.
  6. Golongan yg paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba.



Pengkhususan Pekerjaan

  1. Kewujudan sistem sosial telah menyebabkan terbentuk pengkhususan pekerjaan.
  2. Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing. Terdapat dua kumpualan tentera iaitu tentera yg menggunakan kereta kuda dan tentera yg berjalan kaki.
  3. Golongan petani pula adalah sebahagian tonggak ekonomi  dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan.
  4. Golongan inilah yg membentuk kumpulan artisan yg mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan, senjata dan barang tembikar.
  5. Golongan hamba pula berfungsi sebagai tentera paksaan selain digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan dan untuk tujuan korban upacara penyembahan.


Sistem Pemerintahan

  1. Dinasti Shang mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan penggantinya secara warisan dalam kalangan saudara lelaki yg lebih muda atau anak lelaki raja.
  2. Raja-raja Shang mempunyai kewibawaan politik, ekonomi dan sosial serta keagamaan.
  3. Raja-raja ini berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.
  4. Masyarakat tamadun ini amat percaya akan mandat daripada tuhan dan raja-raja Shang tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintahan agama.
  5. Dalam urusan pentadbiran, raja dibantu  oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.
  6. Bagi wilayah di luar pusat pentadbiran, golongan bangsawan telah dipertanggungjawab untuk mentadbir wilayahnya.
  7. Oleh itu golongan bangsawan ini berhak mewujudkan sistem pemtadbirannya sendiri dalam hal seperti cukai, pertahanan dan undang-undang.
  8. Sistem ini telah dilaksanakan oleh Dinasti Chou setelah mereka merampas kuasa daripada Dinasti Shang.
  9. Raja-raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah mereka kpd wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini.
  10. Raja-raja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kpd pemerintah Chou, di samping memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang
  11. Mereka juga diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.
  12. Pembesar tempatan juga diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan.
Konsep Mandat
Orang Cina percaya kpd konsep mandat
  • Percaya bahawa Dinasti Baru telah mendapat mandat daripada tuhan yg memerintah.
  • Jika raja yg memerintah dgn adil, kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran
  • Kuasa pemerintah adalah daripada tuhan
  • Raja yg adil akan mendapat mandat drpd tuhan
  • Raja yg zalim akan kehilangan mandat
  • Kehilangan mandat dialamatkan dgn bencana alam, penyakit dan seumapanya.
  • Rakyat bolah memberontak untuk menjatuhkan raja-raja yg kehilangan mandat.



Agama dan kepercayaan
  1. Masyarakat Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan seperti animisme dan politiesme.
  2. Mereka juga menyembah roh nenek moyang.
  3. Mereka juga menyembah tuhan syurga (Shang-Ti),tuhan bumi (Tu), di samping penyembahan terhadap sungai, bukit dan gunung.
  4. Upacara menyembah melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban
  5. Ia diketuai oleh seorang bomoh.
  6. Terdapat juga jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang.
  7. Tulang ini  dikenali sebagai tulang oracle yg berfungsi untuk menramal sesuatu keadaan.
  8. Golongan bomoh yg terlibat dlm upacara penilikan akan meletakan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan dan ia ditafsirkan dan disabitkan  dgn sesuatu kejadiaan.

Sistem Tulisan 

  1. Amalan penilikan tulang telah membawa kpd kemunculan sistem tulisan awal di China.
  2. Rekahan-rekahan pd tulang ini menimbulkan idea masyarakat tempatan untuk mencipta tulisan.
  3. Tulisan tamadun Hwang Ho berbentuk ideogram iaitu tulisan yg berbentuk simbol.
  4. Tulisan ini kebanyakannya mempunyai gambar seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai.
  5. Tulisan ini telah mengalami perubahan dan berubah kpd bentuk yg lebih kompleks.