Pages

Saturday 9 February 2013

Perluasan Kuasa Tamadun China


  1. Perluasan kuasa China bermula apabila China dierintah oleh Dinasti Chin iaitu di bawah pemerintahan Shih Huang Ti.
  2. Beliau telah berjaya menyatukan seluruh empayar China yang ketika itu berada dalam keadaan berpecah-belah.
  3. Kejayaan tersebut membolehkan Shih Huang Ti menguasai wilayah yang luas sehingga terbentuknya empayar.
  4. Beliau telah memrintah China secara autokratik, iaitu dengan bertindak tegas dan berkuasa mutlak.
  5. Beliau telah menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir.
  6. Baginda telah mengarahkan pembinaan Tembok Besar China dalam usaha untuk mempertahankan empayarnya daripada serangan orang gasar.
  7. Kejatuhan Dinasti Chin telah digantikan dengan Dinasti Han.
  8. Pada zaman Dinasti Han, Maharaja Han Wu Ti memakai gelaran sebagai kawasan taklukannya melalui angkatan tentera yang besar dan kuat. 
  9. Anatara kawasan yang berjaya ditakluknya termasuklah Sinkiang, Lembah Tarim dan Tutor di utara, Yang Tze,Kwangsi dan Kwangtung di selatan.
  10. Pada zaman ini, pengaruh China telah tersebar sehingga ke Jepun dan Turkistan di samping mewujudkan keamanan dan kemakmuran di negara China.