Pages

Friday 8 February 2013

Perluasan Kuasa Tamadun India


  1. Perluasan kawasan tamadun India bermula pada zaman Dinasti Maurya semasa pemerintahan Maharaja Chandragupta Maurya (321-292 S.M.).
  2. Kejayaan empayar Maurya adalah disebabkan oleh pasukan tenteranya yang besar iaitu 600 ekor gajah, 1000 orang tentera berkuda dan 10000 orang infantri.
  3. Beliau telah berjaya menguasai seluruh India Utara dan setelah mengukuhkan  kedudukannya, beliau telah menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus yang memerintah empayar Seleucid di Syria serta kawasan sempadan India Barat.
  4. Selepas kematian Chandragupta, anaknya Bindusara telah menyambung usaha-usaha perluasan kuasa ayahnya iaitu dengan menguasai Mysore di bahagian Selatan India.
  5. Apabila Asoka menaiki takhta, beliau tidak lagi menggunakan kekuatan tentera sebaliknya beliau menggunakan kaedah lemah lembut dan terbuka untuk meluaskan empayarnya.
  6. Beliau menggunakan pendekatan keagamaan iaitu memberikan penekanan terhadap agama Buddha.
  7. Pada zaman pemerintahan Asoka, seluruh India telah berjaya ditakluki olehnya selepas berjaya menakluk Kalinga dalam Perang Kalinga.