Pages

Friday 8 February 2013

Perluasan Kuasa Tamadun Rom



  1. Zaman perluasan kuasa tamadun Rom berlaku dari tahun 27 S.M. di bawah pemerintahan Augustus Caesar.
  2. Beliau merupakan anak saudara Julius Caesar yang merupakan pengasas empayar Rom yang menjalankan pemerintahan secara diktator.
  3. Kejayaan Augustus Caesar mengalahkan tentera pimpinan Anthony, iaitu bekas jeneralnya. Anthony telah bergabung dengan tentera Mesir di bawah pimpinan Cleopatra dalam peperangan Actium (31 S.M.) bagi menentang Augustus.
  4. Augustus Caesar telah berjaya menubuhkan sistem empayar yang berbeza daripada sistem republik sebelumnya iaitu beliau telah mewajibkan sistem pemerintahan berasaskan warisan.
  5. Pada zaman pemerintahannya, empayar Rom terdiri daripada Britain, Sepanyol, Kawsan Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Atlas, Afrika Utara, Macedonia, sebahagian Turki dan Palestin.