Pages

Monday 4 February 2013

Perundangan Tamadun India




  1. Dalam tamadun India, Perundangan menjadi aspek penting dalam menentukan  keberkesanan pentadbiran sesebuah kerajaan.
  2. Kitab Dharma Satera telah dianggap sebagai kitab undang-undang Hindu yang tertua dalam tamadun India yang dihasilkan anatara adab keenam hingga adab kedua Sebelum Masihi.
  3. Raja merupakan tonggak dalam perkembangan tamadun India dan dipertanggungjawabkan untuk memelihara kesuciaan dan kedaulatan undang-undang.
  4. Setiap kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan atau denda setimpal dengan kesalahan yang dilakukan itu,
  5. Golongan Brahmin merupakan golongan yang menguasai undang-undang kerana mereka mahir tentang hukum-hakam terutamanya yang berkaitan dengan agama.
  6. Semasa Zaman Dinasti Maurya, undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah diraja.
  7. Setiap titah perintah raja telah diukur pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan supaya undang-undang itu dapat dibaca oleh rakayt.
  8. Tiang batu tersebut dikenali sebagai Tiang Asoka kerana tiang itu didirikan pada zaman pemerintahan Maharaja Asoka.
  9. Beliau sentiasa berpegang pada konsep kesejahteraan rakyat dan ini menjadikannya sebagai pemerintah yang adil.