Pages

Sunday 3 February 2013

Perundangan Tamadun Rom



  1. Tamadun Rom memberikan sumbangan yang penting dalam bidang perundagan.
  2. Hukum Kanun 12 merupakan undang-undang bertulis Rom yang pertama.
  3. Undang-undang ini telah dipahat pada kayu yang dikenali sebagai Undang-undang Papan Dua Belas yang diletakkan di tempat awam untuk dibaca dan dipatuhi oleh semua rakyat Rom.
  4. Undang-undang Rom menghormati hak individu untuk mendapatkan perbicaran yang adil dan hakim hanya akan menjatuhkan hukuman berdasarkan bukti yang cukup sahih.
  5. Oleh kerana undang-undang itu terlalu banyak dan rumit, Maharaja Justinian telah mengumpul, menyatukan dan membukukan undang-undang tersebut.
  6. Usaha maharaja ini telah melahirkan Kod Undang-Undang Rom pada tahun 527 M. yang dikenali juga sebagai Undang-Undang Justinian dan intipatinya masih kekal sehingga ke hari ini.
  7. Undang-Undang yang disusun itu terdiri daripada tiga cabang iaitu undang-undang sivil, undang-undang rakyat dan undang-undang natural.