Pages

Tuesday 22 January 2013

Sumbangan Tamadun Hwang Ho


Politik pemerintah

  1. Tamadun Hwang Ho mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno. 
  2. Pemerintahan monarki telah diteruskan hingga ke zaman Disnasti Ching. 
  3. Terdapat sedikit perubahan terutamanya gelaran raja telah ditukarkan kpd maharaja.  
  4. Konsep anak syurga dan mandat dari syurga yg dikaitkan dgn maharaja dan amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga adab ke-20.

Ekonomi


  1. Salah satu sumbangan ekonomi yg penting ialah pembinaan sistem pengairan.
  2. Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang, amat mengambil berat terhadap pembangunan pertanian selain mengelakkan berlakunya banjir.
  3. Sistem pengairan telah diteruskan pd zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China.
  4. Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairi kawasan pertanian di wilayah tersebut.
  5. Pembangunan pertanian telah membawa kemajuan dlm teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit
  6. Para petani juga mula mencipta kaedah baru dlm pertanian seperti mula menggunakan batas untuk  tujuan penanaman.

Sistem Tulisan

  1. Sistem tulisan juga merupakan sumbangan terpenting tamadun Hwang Ho.
  2. Ia berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini.
  3. Pengunaannya adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakkan
  4. Tulisan ini diajar di sekolah-sekolah di China. Malahan tulisan ini juga berkembang dgn penggunaannya oleh org korea dan Jepun.

Agama dan Kepercayaan

  1. Unsur kepercayaan masyarakat Hwang Ho yg masih kekal sehingga hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang
  2. Ia dijalankan sejak zaman Shang dan terus diamalkan mengikut kesesuaian masa.
  3. Unsur pengorbanan manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dgn unsur makanan, duit kertas dan barang perhiasan.
  4. Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan yg masih terdapaat dalam masyarakat China sehingga hari ini.

Penciptaan Kalendar 

  1. Sistem kalender telah diperkenalkan semasa pemerintahan Dinasti Shang .Terdapat sebanyak 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
  2. Raja menggunkan kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
  3. Amalan menggunakan kalendar ini diteruskan dalam menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan, perburuan ataupun pengebumiaan.

Falsafah

  1. Salah satu sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang ini ialah pengamalan falsafah perang Sun Tzu.
  2. Karyanya The Art of War membicarakan selok-belok perang dan cara menangani musuh telah diulang cetak kedalam pelbagai bahasa.
  3. Pada hari ini, falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan perniagaan.