Call Me Maybe
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to superb blog. This is my study blog for Sejarah SPM. Thank for reading my blog!


Recent Post!

Credits!

basecode: Mrs.BaekYeol
Edit by: Lovely Syuu
Re-Edited By: Rem Tokimiya
Others: Rem Tokimiya 

Blog Archive!



Falsafah Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun China Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun India Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun Rom Peningkatan bidang pendidikan tamadun Yunani Peningkatan Sosial Peningkatan Ekonomi Tamadun China Peningkatan Ekonomi Tamadun India Peningkatan Ekonomi Tamadun Yunani Peningkatan Ekonomi Perluasan Kuasa Tamadun China Perluasan Kuasa Tamadun India Perluasan Kuasa Tamadun Yunani Perluasan Kuasa Perundanagn Tamadun China Perundangan Tamadun India Perundangan Tamadun Rom Perundangan Tamadun Yunani Perundangan Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun China Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun India Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Rom Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Yunani Latar Belakang Tamadun China Latar Belakang Tamadun India Latar Belakang Tamadun Rom Latar Belakang Tamadun Yunani Bab 2 Peningkatan Tamadun Sumbangan Tamadun Hwang Ho Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho Tamadun Hwang Ho Sumbangan Tamadun Indus Ciri-ciri Tamadun Indus Tamadun Indus Sumbangan Tamadun Mesir Ciri-ciri Tamadun Mesir Tamadun Mesir Sumbangan Tamadun Mesopotamia Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia Tamadun Mesopotamia Proses Pembentukan Tamadun Pengertian Tamadun Bab1: Kemunculan Tamadun Awal Manusia Parthenon Tamadun Rom Tamadun Besar Chine


Ciri-ciri Tamadun Indus



Petempatan kekal


  1. Petempatan kekal yg wujud di Lembah Indus telah menyebabkan terbentuknya bandar yang terancang.
  2. Bandar di Indus terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok.
  3. Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yg menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yg digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan dan tempat menyimpan hasil pertanian.
  4. Bahagian kedua terdiri daripada kawasan perumahan.
  5. Bandar-bandar dirancang dgn  sebegitu rapi terutamanya dari sudut susun  aturnya yg sistematik.
  6. Kemajuan ilmu geometri dan pembinaan, serta sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir telah membantu masyarakat Indus membuat perancangan terhadap sesebuah bandar.
  7. Bandar-bandar dalam tamadun ini disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yg lurus dan bersambungan antara satu dengan yang  lain.
  8. Setiap bandar mempunyai sitem kumbahan yang terancang.
  9. Bandar-bandar di sini juga dihubungkan dgn sungai yg berfungsi sebagai jalan perhubungan.

Organisasi Sosial


  1. Berdasarkan jumpaan arkeologi, masyarakat di Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan atasan dan bawahan.
  2. Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagangan. Golongan kelas atasan utama ialah pendeta.
  3. Golonagn pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan kegiatan keagamaan.
  4. Golongan bawahan memberikan ketaatan kepada golongan pendeta kerana golongan pendeta merupakan ketua agama.
  5. Tidak wujudnya bukti tentang kewujudan  raja, ramai sejarawan berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.
  6. Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh.
  7. Golongan petani ini menjalankan aktiviti pertaniaan dan menyalurkan sebahagian hasil tersebut kpd pihak berkuasa.
  8. Golongan buruh  menjalankan kegiatan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok di benteng dan membna terusan.

Pengkhususan pekerjaan

  1. Masyarakat Indus mempunyai pengkhususan pekerjaan yg jelas dalam bidang ekonomi.
  2. Kegiatan ekonomi seperti perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan telah dijalankan oleh masyarakat lembah Indus.
  3. Aktiviti perdagangan juga membabitkan perdagangan dgn negara luar seperti Mesopotamia.
  4. Ini dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Indus di Mesopotamia.
  5. Antara hasil perdagangan yang penting ialah emas, gading gajah, manik dan hasil pertanian.
  6. Para petani pula menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan seperti barli, kacang dan sebagainya.
  7. Terdapat juga golongan artisan yang terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barang tembikar.

Agama dan Kepercayaan

  1. Masyarakat Tamadun Indus mempunyai satu amalan agama berdasarkan penemuan patung  dan ukiran yang mempunyai ukiran keagamaan.
  2. Antara patung yg terpenting ialah patung Proto-siva.
  3. Patung ini menunjukan seseorang yg duduk bersila dgn gaya yoga dan terdapat tiga tanduk di kepalanya yg melambangkan Dewa Brahma, Vishnu dan Siva.
  4. Masyarakat Indus juga percaya akan Tuhan Ibu yang diwarisi daripada kebudayaan yg lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu turut berlaku dalam masyarakat Mesopotamia, Asia kecil, Syria dan Palestin.

Sistem Tulisan 
  1. Tulisan Tamadun Indus berbentuk Piktograf.
  2. Tulisan Tamadun Indus masih lagi menjadi misteri dan belum dapat ditafsirkan sehingga ke hari ini.