Call Me Maybe
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to superb blog. This is my study blog for Sejarah SPM. Thank for reading my blog!


Recent Post!

Credits!

basecode: Mrs.BaekYeol
Edit by: Lovely Syuu
Re-Edited By: Rem Tokimiya
Others: Rem Tokimiya 

Blog Archive!



Falsafah Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun China Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun India Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun Rom Peningkatan bidang pendidikan tamadun Yunani Peningkatan Sosial Peningkatan Ekonomi Tamadun China Peningkatan Ekonomi Tamadun India Peningkatan Ekonomi Tamadun Yunani Peningkatan Ekonomi Perluasan Kuasa Tamadun China Perluasan Kuasa Tamadun India Perluasan Kuasa Tamadun Yunani Perluasan Kuasa Perundanagn Tamadun China Perundangan Tamadun India Perundangan Tamadun Rom Perundangan Tamadun Yunani Perundangan Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun China Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun India Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Rom Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Yunani Latar Belakang Tamadun China Latar Belakang Tamadun India Latar Belakang Tamadun Rom Latar Belakang Tamadun Yunani Bab 2 Peningkatan Tamadun Sumbangan Tamadun Hwang Ho Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho Tamadun Hwang Ho Sumbangan Tamadun Indus Ciri-ciri Tamadun Indus Tamadun Indus Sumbangan Tamadun Mesir Ciri-ciri Tamadun Mesir Tamadun Mesir Sumbangan Tamadun Mesopotamia Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia Tamadun Mesopotamia Proses Pembentukan Tamadun Pengertian Tamadun Bab1: Kemunculan Tamadun Awal Manusia Parthenon Tamadun Rom Tamadun Besar Chine


Peningkatan Ekonomi Tamadun India


  1. Kegiatan perdagangan tamadun India telah mengalami perkembangan yang pesat sejak abad ketiga Sebelum Masihi.
  2. Kegiatan perdagangan yang dijalankan melibatkan perdagangan dengan wilayah luar India.
  3. Pusat-pusat perdagangan yang penting termasuklah Anga, Kalinga dan Karusa yang memghasilkan senjata, gadingan gajah, emas, berlian dan mutiara.
  4. Hubungan perdagangan dengan negara luar melibatkan hubungan antara kerajaan Maurya dengan Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara.
  5. Hubungan perdagangan ini dijalankan menerusi pelabuhan Tamralipti, Ghantashala dan  Kadura di bahagian timur serta Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay di bahagian barat.
  6. Kegaitan ekonomi yang pesat telah mengalakan wujudnya persatuan perdagangan yang dikenali sebagai sresthin di setiap bandar.
  7. Antara persatuan ini termasuklah persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit dan sebagainya.
  8. Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
  9. Undang-undang telah digubal bagi mengawal persatuan dan pelaksanaan undang-undang ini telah diawasi oleh raja.
  10. Mata wang telah digunakan sebagai alat perantaraan jual beli.
  11. Semasa Zaman Gupta, bentuk mata wang emas telah digunakan dan penggunaan mata wang ini membuktikan bahawa pemerintah dalam tamadun  India seperti Dinasti Maurya dan Gupta telah melaksanakan satu dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik.
  12. Aktiviti perdagangan telah digalakkan lagi melalui perusahaan pengeluaran tekstil,kain kapas dan sutera.
  13. Terdapat perusahaan membuat sutera di Bengal dan Benares. Perusahaan yang berkaitan dengan barangan emas, mutiara dan batu permata turut berkembang di India.
  14. Pelbagai jenis cukai telah diperkenalkan terhadap hasil perdagangan sejak zaman Dinasti Maurya lagi dalam bentuk hasil pertanian dan hasil buah-buahan.
  15. Cukai ini bertujuan menyara anggota tentera, para pentadbiran dan raja.
  16. Hubungan perdagangan antara India dan Alam Melayu di Asia Tenggara telah berkembang sejak tahun 100 Masihi lagi.
  17. Semasa Dinasti Gupta hubungan tersebut semakin meningkat.
  18. Perdagangan-perdagangan dari India telah mendapat hasil seperti rempah, bedak wangi, gading gajah dan besi dari Alam Melayu, sementara tekstil, tembikar, barang kaca, minyak wangi diperoleh dari China.