Call Me Maybe
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to superb blog. This is my study blog for Sejarah SPM. Thank for reading my blog!


Recent Post!

Credits!

basecode: Mrs.BaekYeol
Edit by: Lovely Syuu
Re-Edited By: Rem Tokimiya
Others: Rem Tokimiya 

Blog Archive!



Falsafah Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun China Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun India Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun Rom Peningkatan bidang pendidikan tamadun Yunani Peningkatan Sosial Peningkatan Ekonomi Tamadun China Peningkatan Ekonomi Tamadun India Peningkatan Ekonomi Tamadun Yunani Peningkatan Ekonomi Perluasan Kuasa Tamadun China Perluasan Kuasa Tamadun India Perluasan Kuasa Tamadun Yunani Perluasan Kuasa Perundanagn Tamadun China Perundangan Tamadun India Perundangan Tamadun Rom Perundangan Tamadun Yunani Perundangan Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun China Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun India Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Rom Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Yunani Latar Belakang Tamadun China Latar Belakang Tamadun India Latar Belakang Tamadun Rom Latar Belakang Tamadun Yunani Bab 2 Peningkatan Tamadun Sumbangan Tamadun Hwang Ho Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho Tamadun Hwang Ho Sumbangan Tamadun Indus Ciri-ciri Tamadun Indus Tamadun Indus Sumbangan Tamadun Mesir Ciri-ciri Tamadun Mesir Tamadun Mesir Sumbangan Tamadun Mesopotamia Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia Tamadun Mesopotamia Proses Pembentukan Tamadun Pengertian Tamadun Bab1: Kemunculan Tamadun Awal Manusia Parthenon Tamadun Rom Tamadun Besar Chine


Ciri-ciri Tamadun Mesir


Perkembangan Bandar
  1. Firaun Menes (3200 S.M.) telah berjaya menyatukan kesemua nomes ini menjadi sebuah kerajaan.
  2. Beliau telah mengasaskan pusat pentadbirannya di Bandar Thinis yg terletak di bahagian tengah Sungai Nil.
  3. Selepas itu, pusat pentadbiran ini telah dipindahkan ke bandar Memphis.
  4. Pada zaman kemuncak pertengahan pusat pentadbiran ini telah berpindah ke bandar Thebes.
  5. Terdapat juga beberapa bandar penting seperti Heliopolis, Fayoum dan Abydos.
  6. Kehidupan di bandar merupakan salah satu ciri yg sangat penting dalam tamadun Mesir kerana di sinilah tempat kediaman firaun, pusat pemerintahan dan pentadbiran dan juga pelabuhan penting.
  7. Bandar juga merupakan pusat keagamaan dan menjadi pusat tumpuan penduduk.



Kehidupan Berorgnisasi

  1. Struktur organisasi masyarakat Mesir purba diketuai oleh firaun yg merupakan raja yg mempunyai kuasa mutlak dan dianggap suci.
  2. Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun.
  3. Pada zaman kerajaan lama, firaun dianggap jelmaan tuhan Horus.
  4. Semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, firaun digelar sebagai Raja Matahari kerana dipercayai firaun ialah anak Tuhan Matahari, iaitu Amon-Re.
  5. Firaun merupakan ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan.
  6. Golongan bangsawan, rahib, tuan tanah serta jurutulis berada selepas firaun.
  7. Ia kemudian diikuti oleh golongan rakyat bebas terdiri daripad petani, perdagangan dan artisan.
  8. Golongan hamba berada di lapisan yg paling bawah

Dalam tamadun Mesir, firaun berkuasa mutlak, tidak ada pengagihan kuasa antara perundangan, eksekutif dan kehakiman


Sistem Pemerintahan


  1. Pemerintahan di Mesir diterajui oleh raja, iaitu firaun yg merupakan ketua kerajaan Mesir.
  2. Perkataan firaun berasal daripada perkataan Yunani, iaitu Pharaoh yg bererti rumah yang agung.
  3. Istilah rumah yang agung bermakna pihak ataupun kuasa yg mengenakan pembayaran cukai terhadap tanah dan harta.
  4. Rumah agung ini juga merujuk kepada istana dan raja yang memerintah, iaitu firaun.
  5. Firaun dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus dan mengagihkan penghasilan makanan di dalam negara.
  6. Golngan bangsawan ini merupakan pembesar yang terdiri daripada pegawai, penasihat dan juga gabenor yang mentadbir wilayah yg ditakluki.
  7. Para rahib dipertanggungjawab untuk mentadbir hal keagamaan. Urusan pentadbiran juga dibnatu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam yg telah dilantik untuk menulis segala rekod kerajaan.
  8. kaum wanita mempunyai  kedudukan istimewa dalam tamadun Mesir
  9. Merka mengiktiraf kaum wanita sebagai pemimpin.
  10. Firaun Hatshepsut (1501 -1479) merupakan seorang wanita yg mampu untuk memimpin sebuah empayar yg besar.
  11. Pada era pemerintahannya penuh dgn pembahruan seperti pembinan terusan dan penukaran  padang pasir kepada kepada tanah pertanian.
  12. Pencapaian beliau setanding dgn firaun lelaki yg lain.
  13. Ini menunjukan bahawa wanita dalam tamadun Mesir mampu memerintah serta memiliki status yg tinggi.
  14. Kerajaan Mesir merupakan sebuah empayar yg luas yg meliputi wilayah di Nubia di selatan Mesir hingga ke utara serta barat  dan juga wilayah di sebelah Asia, laitu di Palestin hingga ke Lubnan dan Syria.

Pengkhususan Pekerjaan

  1. Perkembangan aktiviti ekonomi telah menyebabkan berlakunya perkembangan tamadun Mesir.
  2. Wujudnya pengkhususan pekerjaan seperti penenunan dan pembuatan barang tembikar dan juga peralatan telah menyebabkan Mesir berkembang maju.
  3. Eksport utama  Mesir ialah tekstil dan kertas.
  4. Aktiviti ekonomi lain yg dijalankan  termasuklah perlombongan emas di kawasan Nubia.
  5. Pengangkutan di air memainkan peranan penting dlm tamadun Mesir.
  6. Sungai Nil yg lebar dan dalam telah membolehkan kapal-kapal menyusurinya dan berlabuh di perlabuhan seperti Thebes, Memphis, Fayoum dan Heliopolis.
  7. Sistem pemerintahan yg terancang telah berjaya menarik perdagangan-perdagangan dari Laut Mediterranean dan Laut Merah untuk singgah di Pelabuhan Mesir Purba.

Agama dan Kepercayaan 
  1. Masyarakat Mesir percaya kepada konsep politeisme iaitu percaya kepada banyak tuhan.
  2. Setiap tuhan orang Mesir selalu dikaitkan dgn unsur alam seperti Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan langit) dan Amun (Tuhan Angin).
  3. Orang Mesir juga percaya kepada kehidupan sepelas mati.
  4. Mayat perlu disimpan dan dijaga dengan teliti.
  5. Makam mayat juga mesti dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati.
  6. Mayat tersebut diiringi barang serta kelengkapan harian yang akan ditanam bersama-sama dengannya.
  7. Solekan mayat, alat kebesaran dan jumlah barang yg dikebumikan di dalam makam menunjukan kedudukan atau status mayat tersebut.

Sistem tulisan

  1. Tulisan tamadun Mesir dikenali sebagai tulisan hieroglif.
  2. Tulisan ini berasaskan  kombinasi gambar dan simbol yg berdasarkan bunyi.
  3. Sistem tulisan sangat penting dalam proses perkembangan tamadun Mesir terutamanya untuk tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan juga pengutipan cukai.
  4. Tulisan juga memainkan  peranan penting dalam tamaduan Mesir untuk tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.