Perundanagn Tamadun China
- Sistem perundangan tamadun China berteraskan kepada dua prinsip utama iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif.
- Prinsip undang-undang ini adalah berdasarkan falsafah legalisme yang diperkenalkan oleh ahli falsafah Cina iaitu Han Fei Tzu.
- Menurut fahaman legelisme, dengan cara kekerasan dan undang-undang yang tegas sahaja tingkah laku manusia dapat dikawal.
- Dalam menjalankan undang-undang tidak harus wujud rasa belas kasihan.
- Undang-undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa juga keadaan.
- Undang-undang ini amat bertentangan dengan undang-undang yang berteraskan ajaran Confucius yang diamalkan semasa zaman Dinasti Han dari tahun 206 S.M.-8 M..
- Ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai budi pekerti yang baik dan menjaga keharmonian manusia serta masyarakat.