Perluasan Kuasa Tamadun Yunani
- Perluasan kuasa tamadun Yunani bermula dari tahun 800 S.M. apabila munculnya sebuah kerajaan baru yang diberi nama Macedonia yang diperintah oleh Raja Phillip II.
- Baginda telah mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Macedonia dan bercita-cita untuk menguasai Yunani.
- Raja Philips II dan anaknya Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great) telah berjaya menyatukan seluruh Macedonia dan Yunani.
- Iskandar Zulkarnain telah berjaya meluaskan lagi kawasan takluk Yunani apabila beliau berjaya menguasai Parsi, Mesir, Turkistan, Samarkand dan akhirnya seluruh kawasan Laut Mediterranean itu berada di bawah kekuasaanya.
- Iskandar Zulkarnain terlibat dalam penyebaran kebudayaan yang dikenali sebagai Hellenistik.
- Kebudayaan Hellenistik merupakan campuran kebudayaan Yunani dan kebudayaan Parsi serta kebudayaan Timur.
- Kebudayaan ini tersebar dari kota-kota utama dalam empayar Yunani seperti Syracuse di Itali, Iskandariah dan Antioch.
- Empayar Yunani ini berakhir selepas kematian Iskandar Zulkarnain dan dengan kemuculan tamadun Rom.