Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Yunani
- Dalam tamadun Yunani telah wujud beberapa bentuk pemerintahan yg diamalkan oleh sesebuah negara kota.
- Bentuk pemerintahan tersebut telah mengalami perubahan daripada monarki, oligarki, aristrokrasi, diktator (tirani) dan akhirnya kepada demokrasi.
- Pada peringkat awalnya, Athens mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
- Dalam sistem ini raja dibnatu oleh sebuah badan yg dikenali sebagai konsul.
- Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.
- Apabila kuasa konsul semakin kuat, peranan raja sebagai ketua tentera, ketua hakim dan ketua agama mulai merosot.
- Kesannya, lahirlah sistem pemerintahan yg rajanya dipilih tetapi dengan kuasa yg amat terhad.
- Sistem pemerintahan telah dikuasai oleh konsul yg terdiri daripada golongan kaya atau dikenali sebagai oligarki.
- Dalam kalangan konsul ini lahir pula golongan aristokrat yg kuat.
- Kuasa yg dimiliki oleh golongan aristokrat adalah kuat dan pemerintahannya dinamakan aristokrasi.
- Ketidakpuasan hati rakyat terhadap pemerintahan aristokrasi telah menyebabkan berlakunya rampasan kuasa dan telah membawa kepada pemerintahan berbentuk tirani oleh diktator.
- Diktator ini bukan merupakan golongan aristokrat tetapi oleh diktator.
- Rampasan kuasa yg dijalankan oleh tirani ini mendapat sokongan daripada rakyat tetapi mendapat tentangan daripada golongan aristokrat yg akhirnya telah mewujudkan sistem demokrasi.
Pemerintahan demokrasi di Athens
- Sistem demokrasi di Athens mempunyai Dewan Perhimpunan dan Majlis.
- Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun.
- Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan dan setiap ahli dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.
- Setiap keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis yg ahlinya terdiri daripada Ahli Majlis, Majistret dan Juri yg dilantik oleh Dewan.
- Oleh itu, Dewan mempunyai kuasa penuh terhadap ketiga-tiganya.
- Sistem demokrasi tidak diamalkan oleh negara kota yg lain yang mengamalkan pemerintahan beraja dan berkuasa mutlak.
- Demokrasi yg diamalkan di Athens lebih kurang 300 tahun dahulu telah diwarisi oleh hampir seluruh negara di dunia pada hari ini, walaupun berbeza dari segi amalannya.
- Di negara kota Sparta pula berbeza dari segi bentuk pemerintahan walaupun berada dalam tamadun yg sama. sistem pertahanan telah diberikan perhatian yg penting.
- Oleh itu, Sparta mengamalkan pemerintahan bercorak ketenteraan.
- Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yg baik dan latihan ini menjadikan Sparta berjaya melahirkan tentera yg mempunyai semangat patriotik yg tinggi dan handal.