Call Me Maybe
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to superb blog. This is my study blog for Sejarah SPM. Thank for reading my blog!


Recent Post!

Credits!

basecode: Mrs.BaekYeol
Edit by: Lovely Syuu
Re-Edited By: Rem Tokimiya
Others: Rem Tokimiya 

Blog Archive!



Falsafah Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun China Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun India Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun Rom Peningkatan bidang pendidikan tamadun Yunani Peningkatan Sosial Peningkatan Ekonomi Tamadun China Peningkatan Ekonomi Tamadun India Peningkatan Ekonomi Tamadun Yunani Peningkatan Ekonomi Perluasan Kuasa Tamadun China Perluasan Kuasa Tamadun India Perluasan Kuasa Tamadun Yunani Perluasan Kuasa Perundanagn Tamadun China Perundangan Tamadun India Perundangan Tamadun Rom Perundangan Tamadun Yunani Perundangan Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun China Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun India Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Rom Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Yunani Latar Belakang Tamadun China Latar Belakang Tamadun India Latar Belakang Tamadun Rom Latar Belakang Tamadun Yunani Bab 2 Peningkatan Tamadun Sumbangan Tamadun Hwang Ho Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho Tamadun Hwang Ho Sumbangan Tamadun Indus Ciri-ciri Tamadun Indus Tamadun Indus Sumbangan Tamadun Mesir Ciri-ciri Tamadun Mesir Tamadun Mesir Sumbangan Tamadun Mesopotamia Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia Tamadun Mesopotamia Proses Pembentukan Tamadun Pengertian Tamadun Bab1: Kemunculan Tamadun Awal Manusia Parthenon Tamadun Rom Tamadun Besar Chine


Sumbangan Tamadun Mesir



Seni bina


  1. Sumbangan utama tamadun Mesir ialah dalam bidang seni bina, iaitu piramid.
  2. Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep iaitu saintis, ahli fizikal, arkitek dan penasihat penting kepada Firaun Djoser (3150 S.M.)
  3. Beliau juga telah mebina Piramid Sakkara iaitu piramd dan merupakan binaan batu yg tertua.
  4. Beliau telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dgn menggunakan batu bata.
  5. Beliau juga merupakan seorang pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera.
  6. Pembinaan piramid menggabambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan.
  7. Sehingga hari ini pembinaan piramid masih menjadi misteri ahli sains zaman sekarang dan binaan piramid adalah amat dikagumi sehingga sekarang.

Pendidikan dan kertas


  1. Mesir juga mencapai kemajuan dalam bidang pendidikan dan penggunaan kertas.
  2. Kemajuan dicapai kerana hasil kepandaian orang Mesir mencipta kertas daripada pokok papyrus yg banyak terdapat di sepanjang Sungai Nil di Mesir.
  3. Penciptaan kertas ini telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.
  4. Tamadun Mesir telah meninggalkan khazanah mereka dalam bentuk rekod yg tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya, iaitu hieroglif.
  5. Keagungan tamadun Mesir dapat dibaca daripada tulisan yg terpahat dgn begitu cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu.
  6. Kerajaan Mesir telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan.
  7. Mereka diberikan pendidikan sejak kecil lagi.
  8. Institusi pendidikan diletakkan di bawah urusan rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan.
  9. Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis yg sempurna dan terlatih.
  10. Ilmu geometri, matematik dan sains diajarkan bagi melahirkan golongan terlatih yg boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan piramid.

Perubatan


  1. Ilmu perubatan juga berkembang dgn pesat dalam tamadun Mesir.
  2. Ia telah melahirkan ramai pengamal perubatan.
  3. Mereka ini mendapat status yg tinggi dalam masyrakat Mesir dan berkhidmat untuk firaun dan juga masyarakat.
  4. Kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayat berkait rapat dgn kepercayaan org Mesir.
  5. Buku catatan tentang perubatan ini telah ditemui di dalam makam Firaun Khufu dan catatan tentang perubatan yg tertua ditemui adalah pd tahun 1600 S.M. yg telah disalin beberapa kali oleh para jurulatih diraja sejak zaman-berzaman.
  6. Tahap keilmuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik. Kimia, perubatan dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini.

Perkembangan ilmu pengetahuan

  1. Tamadun Mesir amat  bergatung kepada Sungai Nil yg menjadi nadi masyarakat Mesir.
  2. Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam usaha org Mesir mengawal banjir Sungai Nil yg berlaku sekali dalam setahun.
  3. Pemerintah Mesir Purba berjaya mencipta sistem pengairan  yg telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian.
  4. Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah berjaya membina tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar.
  5. Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik ini membolehkan orang Mesir memperkenalkan sistem kalender 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.