Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun India
- Dalam tamadun India, Zaman Vedik telah dianggap sebagai permulaan peningkatan dalam bidang pendidikan.
- Pendidikan pada zaman ini sangat memetingkan keagamaan dan agama Hindu menjadi asasnya.
- Kaum lelaki telah mendominasikan pendidikan pada zaman ini dan bagi kaum wanita pula mereka tidak mempunyai ruang untuk menerima pendidikan
- Perhatian diberikan terhadap pembelajaran kitab-kitab Veda dan bahasa Sanskrit yang menjadi sumber pendidikan dan pengajaran yang penting.
- Kitab-kitab veda dihafal bagi mendalami isinya.
- Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan manusia bagi menghadapi hari selepas mati.
- Oleh itu, pendidikan agama menjadi tumpuan utama dalam bidang pendidikan.
- Segala hukum agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup dengan sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama.
- Pendidikan peringakat tinggi telah bermula selepas 100 S.M. di Kolej Brahman, sebelum ini pendidikan telah diajar di istana dan di rumah.
- Sebuah Universiti Buddha iaitu Nalanda telah ditubuhkan pada adab keempat Masihi.
- Untuk mencapai taraf sebagai Brahmin yg berpendidikan, seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya Veda yang mengandungi peraturan ritual, mantera dan lagu-lagu agama.
- Mereka juga harus mempelajari karya saintifik dan falsafah.
- Pendidikan tamadun India juga adalah untuk meningkatkan ilmu sains dan juga bertujuan untuk menambahkan ilmu serta mengatasi buta huruf selain mendapat jawatan dalam kerajaan.