Call Me Maybe
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to superb blog. This is my study blog for Sejarah SPM. Thank for reading my blog!


Recent Post!

Credits!

basecode: Mrs.BaekYeol
Edit by: Lovely Syuu
Re-Edited By: Rem Tokimiya
Others: Rem Tokimiya 

Blog Archive!



Falsafah Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun China Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun India Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun Rom Peningkatan bidang pendidikan tamadun Yunani Peningkatan Sosial Peningkatan Ekonomi Tamadun China Peningkatan Ekonomi Tamadun India Peningkatan Ekonomi Tamadun Yunani Peningkatan Ekonomi Perluasan Kuasa Tamadun China Perluasan Kuasa Tamadun India Perluasan Kuasa Tamadun Yunani Perluasan Kuasa Perundanagn Tamadun China Perundangan Tamadun India Perundangan Tamadun Rom Perundangan Tamadun Yunani Perundangan Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun China Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun India Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Rom Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Yunani Latar Belakang Tamadun China Latar Belakang Tamadun India Latar Belakang Tamadun Rom Latar Belakang Tamadun Yunani Bab 2 Peningkatan Tamadun Sumbangan Tamadun Hwang Ho Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho Tamadun Hwang Ho Sumbangan Tamadun Indus Ciri-ciri Tamadun Indus Tamadun Indus Sumbangan Tamadun Mesir Ciri-ciri Tamadun Mesir Tamadun Mesir Sumbangan Tamadun Mesopotamia Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia Tamadun Mesopotamia Proses Pembentukan Tamadun Pengertian Tamadun Bab1: Kemunculan Tamadun Awal Manusia Parthenon Tamadun Rom Tamadun Besar Chine


Ciri-ciri Tamadun



Manusia menjadi lebih kreatif untuk menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam sekeliling.Ini bergantung kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah mereka.Proses pembentukan tamadun merupakan manifestasin kepada pencapaian manusia dalam kedua-dua aspek ini.


Ciri-ciri Tamadun Awal

Petempatan Kekal
Kehidupan Berorganisasi
Sistem Pemerintahan
Pengkhususan pekerjaan
Agma dan Kepercayaan
 Bahasa dan tulisan



Petempatan Kekal

  1. Salah satu ciri utama kemunculan tamadun ialah kewujudan petempatan kekal secara menetap membawa kepada corak kehidupan yang lebih sistematik.
  2. Kawasan yang dipilih untuk petempatan adalah penting untuk memastikan bekalan makanan.
  3. Ini akan melahirkan kemajuan dalam bidang pertanian terutamanya dari segi penanaman dan penyimpanan makanan serta penternakan.
  4. Kepandaian manusia pada masa tersebut mencipta peralatan baru seperti cangkul dan pengguaan teknologi pengairan yang baik telah meningkatkan pengeluaran dan membawa kepada lebihan pengeluaran.
  5. Lebihan ini mampu menampung pertamabahan bilangan penduduk kerana bekalan makanan yang berterusan.


Kehidupan Berorganisasi

  1. Bertambahnya bilangan penduduk telah membawa kepada sebuah kehidupan berorganisasi yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik.
  2. Kehidupan berorganisasi ini mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan  kemakmuran kehidupan mereka.
  3. Organisasi sosial yang paling awal ialah sistem keluarga.
  4. Pertambahan bilangan penduduk dan kepelbagaian aktiviti ekonomi telah membawa kepada proses pembahagian masyarakat yang lebih kompleks.
  5. Sistem sosial masyarakat ini adalah berbentuk piramid dan bersusun lapis mengikut status sosial.
  6. Lapisan paling atas merupakan golongan bangsawan yang menerajui pemerintahan yang diketuai oleh seorang raja.
  7. Lapisan kedua ialah golongan pembesar yang terdiri daripada golongan yang menguasai upacara dan hal ehwal agama, individu yang dihormati oleh masyarakat seperti ketua keluarga atau ketua kelompok, kumpulan pentadbir dan ilmuan, serta kumpulan yang mempunyai kepakaran dalam bidang kesenian. 
  8. Lapisan yang seterusnya adalah terdiri daripada golongan rakyat biasa ynag merupakan golongan yang paling ramai.
  9. Kumpulan ini merupakan tunjang ekonomi terutamanya dalam bidang pertanian  dan perdagangan.
  10. Golongan hamba berada di lapisan yang paling bawah.
  11. Kehidupannya bergantung kepada lapisan-lapisan di atasnya.

Sistem Pemerintah

  1. Sistem pemerintahan mula dibentuk untuk mentadbir masyarakat.
  2. Seseorang pemimpin ataupun raja selalunya menggunakan magis dan mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan untuk mendapat pengiktirafan sebagai ketua pemerintah.
  3. Kewujudan sistem pemerintahan akan membawa kepada lahirnya sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat untuk menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.
  4. Pembentukan organisasi sosial dan politik telah membawa kepada pengkhususan pekerjaan.


Pengkhususan Pekerjaan
  1. Peningkatan dalam produktiviti manusi menyebabkan pengkhususan pekerjaan menjadi lebih penting.
  2. Ini menyebabkan keadaan politik menjadi stabil dan penuh dengan kemakmuran dan seterusnya membawa kepada peningkatan dan perkembangan ekonomi.
  3. Melalui pengkhususan pekerjaan, barangan yang dihasilkan mempunyai kepakaran tersendiri dan ia akan menghasilkan pertukaran barangan.
  4. Kegiatan ini dikenali sebagai sistem barter, yang merupakan titik permulaan bagi aktiviti ekonomi yg bersifat perdagangan.
  5. Aktiviti pertukaran barang  dan perdagangan serta kegiatan perdagangan membolehkan berlakunya pertukaran antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain.