Call Me Maybe
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to superb blog. This is my study blog for Sejarah SPM. Thank for reading my blog!


Recent Post!

Credits!

basecode: Mrs.BaekYeol
Edit by: Lovely Syuu
Re-Edited By: Rem Tokimiya
Others: Rem Tokimiya 

Blog Archive!



Falsafah Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun China Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun India Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun Rom Peningkatan bidang pendidikan tamadun Yunani Peningkatan Sosial Peningkatan Ekonomi Tamadun China Peningkatan Ekonomi Tamadun India Peningkatan Ekonomi Tamadun Yunani Peningkatan Ekonomi Perluasan Kuasa Tamadun China Perluasan Kuasa Tamadun India Perluasan Kuasa Tamadun Yunani Perluasan Kuasa Perundanagn Tamadun China Perundangan Tamadun India Perundangan Tamadun Rom Perundangan Tamadun Yunani Perundangan Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun China Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun India Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Rom Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Yunani Latar Belakang Tamadun China Latar Belakang Tamadun India Latar Belakang Tamadun Rom Latar Belakang Tamadun Yunani Bab 2 Peningkatan Tamadun Sumbangan Tamadun Hwang Ho Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho Tamadun Hwang Ho Sumbangan Tamadun Indus Ciri-ciri Tamadun Indus Tamadun Indus Sumbangan Tamadun Mesir Ciri-ciri Tamadun Mesir Tamadun Mesir Sumbangan Tamadun Mesopotamia Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia Tamadun Mesopotamia Proses Pembentukan Tamadun Pengertian Tamadun Bab1: Kemunculan Tamadun Awal Manusia Parthenon Tamadun Rom Tamadun Besar Chine


Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia


Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia

Negara kota


  1. Salah satu unsur ketamadunan yg penting ialah kewujudan negara kota dan bandar.
  2. Bagi negara kota di Sumeria, ia terbahagi kpada kawasan utama iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
  3. Setiap neagara kota mempunyai kubu pertahanan dgn pelbagai bentuk pintu gerbang yg menjadi lambang kekayaan sesebuah kota.
  4.  Di dalam kota terdapat isatan, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar yg kebanyakan jalanyanya berkeadaan lurus dan lebar.
  5. Rumah ibadat merupakan pusat sesebuah kota yg menjadi tumpuan anggota masyarakat pada masa itu.
  6. Setiap kota juga mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri.
  7. Kewujudan sungai serta kawasan tanah pamah telah memudahkan penggangkutan dgn kapal, pedati dan keldai.
  8. Melalui jalan laut, bandar atau negara kota ini mudah dihubungi oleh wilayah di sekitarnya.
  9. Antara jalan perhubungan utama termasuklah jalan yg  menghubungkan Sumeria dan kota Mari yg digunakan oleh perdagang luar Mesopotamia.

Ciri-ciri Bandar di Sumeria

  1. Setiap negara kota mempunyai kerajaan yg berasingan dan bersifat Teokrasi.
  2.  Serorang raja memerintah sebuah negara kota.
  3. Raja dibantu oleh golongan bangsawan.
  4. Upacara agama dijalankan di tempat ibadat khusus oleh golongan paderi.
  5. Mempunyai  tembok pertahanan untuk memberikan perlindungan kpd penduduknya.
  6. Mempunyai terusan dan benteng bagi ladang-ladang di sekelilingnya
  7. Keluasan sesebuah negara kota lebih kurang 1000 batu persegi, Contohnya, Lagash berukuran lebih kurang 18 000 batu persegi dan penduduknya antara 30 000 hingga 35 000 orang.
  8. Tiap tiap negara kota dan bandar akan bekerjasama dalam hal pertahanan walaupun mempunyai kerajaan yang berasingan.
  9. Setiap negara kota mempunyai pemerintah atau raja yg berfungsi sebagai ketua agama gabenor.

Organisasi Sosial

  1. Kehidupan masyarakat Mesopotamia adalah lebih teratur.
  2. Masyarakat terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera dan orang bangsawan.
  3. Golongan rakyat terbahagi kepada dua iaitu rakyat bebas seperti petani, artisan serta pedagang dan hamba yg terdiri daripada tawangan perang.

Sistem Pemerintahan

  1. Tamadun Mesopotamia diperintah oleh sistem raja yang berbentuk teokrasi iaitu pemerintah oleh tuhan atau wakil tuhan yang berasaskan hukum agama dan bersifat ketuhanan.
  2. Raja telah dianggap sebagai wakil tuhan dan pemilik negara kota.
  3. Masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja mereka sebagai tuhan kecuali semasa pemerintah Raja Naramsin (2291 - 2255 S.M.) di Akkad.
  4. Raja Naramsin telah memaksa penduduk Akkad menyembahnya sebagai tuhan.
  5. Raja Naramsin menganggap dirinya terlalu agung kerana berjaya mengusai wilayah yang luasa sehingga beliau mengelar dirinya sebagai Raja Emapat Penjuru Alam.
  6. Dalam pemerintah beraja di Mesopotamia raja juga menjadi ketua pentadbiran, ketua tentera dan ktua pendeta yg berkuasa dalam hal keagamaan.
  7. Raja juga  bertindak sebagai ketua agama dan beliau melantik ahli kelurganya untuk memegang jawatan di Zigurat serta mententukan pebentadbirannya.
  8. Zigurat berfungsi sebagai pusat ibadat, pusat perdadangan serta pusat peryimpanan khazanah negara.
  9. Raja berkuasa dalam soal tanah cukai dan  hasil pertanian dan pernigaan.
  10. Beliu dibantu oleh pegawai yang kebanyakan terdiri dari golongan bangsawan yg mempunyai ikatan dgn keluaga diraja.

Pengkhususan pekerjaan
  1. Hasil lebihan pertanian telah menyebabkan wujudnya kepelbagaian kegiatan ekonomi atau wujudnya pengkhususan pekerjaan.
  2. Terdapat anggota masyarakat yg meninggalkan pekerjaan petani untuk menjadi perniagaan, perdagangan dan artisan.
  3. Kegiatan perdagangan melibatkan hubungan perdagangan dgn wilayah Mesopotamia dan juga Lembah Indus.
  4. Kegiatan perdagangan amat penting  bagi Mesopotammia kerana mereka  tidak mempunyai banyak bahan mentah.
  5. Barangan seperti logam, kayu-kayan, emas dan perak dibawa masuk untuk ditukar dgn hasil pertanian yg dikeluarkan oleh kawasasn lain
  6. Terdapat juga pengusahan atau pembuat tekstil, barang tembikar dan alat keperluan harian.
  7. Malah ada yg menjadi tukang rumah yg diperlukan akibat pertambahan penduduk yg menyebabkan banyak rumah kediaman mesti dibina
  8. Terdapat sebilangan anggota masyarakat yg berkhidmat sebagai tentera untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh.

Sistem tulisan

  1. Perkembangan ilmu pengetahuan telah menyebabkan kewujudan  sistem tulisan yg bermula dalam bentuk tulisan bergambar.
  2. Ia berkembang kepada tulisan berbentuk simbol yg ditulis pada tanah liat kerana pada masa tersebut bahan untuk membuat kertas belum wujud di Mesopotamia.
  3. Tulisan di tanah liat ini berbentuk pepaku dan dikenali sebagai cuneiform.