Perundangan Tamadun India
- Dalam tamadun India, Perundangan menjadi aspek penting dalam menentukan keberkesanan pentadbiran sesebuah kerajaan.
- Kitab Dharma Satera telah dianggap sebagai kitab undang-undang Hindu yang tertua dalam tamadun India yang dihasilkan anatara adab keenam hingga adab kedua Sebelum Masihi.
- Raja merupakan tonggak dalam perkembangan tamadun India dan dipertanggungjawabkan untuk memelihara kesuciaan dan kedaulatan undang-undang.
- Setiap kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan atau denda setimpal dengan kesalahan yang dilakukan itu,
- Golongan Brahmin merupakan golongan yang menguasai undang-undang kerana mereka mahir tentang hukum-hakam terutamanya yang berkaitan dengan agama.
- Semasa Zaman Dinasti Maurya, undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah diraja.
- Setiap titah perintah raja telah diukur pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan supaya undang-undang itu dapat dibaca oleh rakayt.
- Tiang batu tersebut dikenali sebagai Tiang Asoka kerana tiang itu didirikan pada zaman pemerintahan Maharaja Asoka.
- Beliau sentiasa berpegang pada konsep kesejahteraan rakyat dan ini menjadikannya sebagai pemerintah yang adil.