Peningkatan bidang pendidikan tamadun Yunani
- Pendidikan dalam tamadun Yunani terutamanya di Athens adalah bertujuan untuk melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari sudut rohani dan jasmani.
- Bagi masyarakat Athens, manusia yang cemerlang ialah manusia yg dapt memenuhi tuntutan mental dan fizikal.
- Hanya manusia yang cemerlang yang boleh dianggap dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan manusia.
- Masyarakat Athens lebih menitikberatkan pendidikan, sukan, muzik, kesusateraan, seni berpidato, membaca, menghafal dan menulis.
- Bagi negara kota Sparta, pendidikan adalah untuk melahikan warganaegara tentera yang sempurna, gagah dan setia kepada negara kotanya.
- Oleh itu, pendidikan di Sparta lebih mementingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata berbanding dengan pendidikan mental.
- Perkembangan pendidikan di Yunani berlaku apabila banyak sekolah falsafah telah dibuka dan berkembang di negara kota seperti Athens, Thebes, Elea dan Miletus.
- Athens telah menjadi pusat perkembangan cendekiawan Yunani yang terpenting semasa pemerintahan Pericles.
- Sekolah ini telah melahirkan sejarawan seperti Thucydides dan Herodotus, di samping pemikir-pemikir dalam bidang sains dan teknologi seperti Thales, Anaximander, Heraclitus dan Anaxagoras.