Peningkatan Ekonomi Tamadun China
- Peningkatan ekonomi tamdun China berlaku sejak zaman Dinasti Shang lagi.
- Antara kemajuan yg dicapai ialah kemajuan pertanian, perdagangan dalam negeri dan luar negara, perusahaan dan pembentukan persatuan perniagaan.
- Semasa zaman Dinasti Han, kemajuan dalam bidang pertanian yang dicapai ialah pengenalan alat tenggala untuk membuat batas tanaman.
- Pencipata kolar kuda telah membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, kereta sorong beroda dan penyisir tanah.
- Kolar kuda adalah sumbangan tamadun China yg penting untuk menarik kenderaan berat serta bebannya.
- Kolar kuda yang diperkenalkan oleh tamadun China adalah lebih baik berbanding kolar kuda di Barat yang boleh menyebabkan kuda tercekik.
- Kolar kuda tamadun China yg diperkenalkan sejak abad keempat Selebum Masihi ini telah dapat menarik beban sehingga 1.5 tan dan penggunaannya tidak melemahkan dan atau menyebabkan kuda tersebut tercekik.
- Peningkatan dalam bidang pertanian telah mengalami perkembangan dan peningkatan sejak zaman Dinasti Tang hingga ke zaman Dinasti Ching dengan terciptanya alat kegunaan pertanian.
- Sistem tanaman giliran telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah.
- Semasa zaman Dinasti Shang kawasan bukit telah diteres untuk kegiatan pertanian.
- Sistem pengairan juga telah diwujudkan dengan pembinaan terusan untuk membekalkan air ke kawasan pertanian dan terkawal.
- Kawasan terhadap banjir juga telah dapat dilaksanakan melalui penggunaan terusan yang telah dibina.
- Semasa zaman Dinasti Han, kegiatan perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah mengalami perkembangan yanga pesat.
- Hasil perusahaan tersebut telah diperdagangkan ke kawasan luar China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.
- Hasil ini telah dibawa melalui jalan darat iaitu menerusi Jalan Sutera pada peringkat awalnya.
- Bermula pada zaman Dinasti Tang, jalan laut mula digunakan dan ini terbukti dengan penemuan tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan-kawasan tersebut.
- Terdapat juga barangan logam yang telah diperdagangkan
- Kemunculan persatuan perdagangan di China telah membawa kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar.
- Perkembangan ekonomi yang pesat ini disebabkan oleh perkembangan dalam sistem perhubungan seperti pembinaan jalan raya, jambatan dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.