Call Me Maybe
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to superb blog. This is my study blog for Sejarah SPM. Thank for reading my blog!


Recent Post!

Credits!

basecode: Mrs.BaekYeol
Edit by: Lovely Syuu
Re-Edited By: Rem Tokimiya
Others: Rem Tokimiya 

Blog Archive!



Falsafah Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun China Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun India Peningkatan Bidang Pendidikan Tamadun Rom Peningkatan bidang pendidikan tamadun Yunani Peningkatan Sosial Peningkatan Ekonomi Tamadun China Peningkatan Ekonomi Tamadun India Peningkatan Ekonomi Tamadun Yunani Peningkatan Ekonomi Perluasan Kuasa Tamadun China Perluasan Kuasa Tamadun India Perluasan Kuasa Tamadun Yunani Perluasan Kuasa Perundanagn Tamadun China Perundangan Tamadun India Perundangan Tamadun Rom Perundangan Tamadun Yunani Perundangan Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun China Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun India Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Rom Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Yunani Latar Belakang Tamadun China Latar Belakang Tamadun India Latar Belakang Tamadun Rom Latar Belakang Tamadun Yunani Bab 2 Peningkatan Tamadun Sumbangan Tamadun Hwang Ho Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho Tamadun Hwang Ho Sumbangan Tamadun Indus Ciri-ciri Tamadun Indus Tamadun Indus Sumbangan Tamadun Mesir Ciri-ciri Tamadun Mesir Tamadun Mesir Sumbangan Tamadun Mesopotamia Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia Tamadun Mesopotamia Proses Pembentukan Tamadun Pengertian Tamadun Bab1: Kemunculan Tamadun Awal Manusia Parthenon Tamadun Rom Tamadun Besar Chine


Sumbangan Tamadun Mesopotamia



Undang-undang

  1. Kod undang-undang Hammurabi adalah undang-undang yg tertua di dunia. 
  2. Kod tersebutmempunyai 280 undang-undang atau hukuman yg meliputi semua aspek kehidupan. 
  3. Hukuman dan denda yg dikenakan berbeza mengikut lapisan masyarat yg berlainan. 
  4. Undang-undang Hammurabi berdasarkan prinsip bahawa hukuman ke atas penjenayah adalah setimpal dengan kesalahan yg dilakukannya. 
  5. Undang-undangnya menekankan prinsip pemrikemanusiaan serta hak individu. 
  6. Undang-undang Hammurabi ditulis pada tiang-tiang besar dan tinggi supaya rakyat dapat mengetahuinya.
  7. Undang-undangnya ini telah berjaya mengelakkan wujudnya permsalahan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan juga dalam kalangan susun lapisan masyarakat itu sendiri.
  8. Ia dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat.
  9. Kod undang-undang ini telah membantu peradapan Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang iaitu dari tahun 3500 S.M. hingga tahun 539 S.M.


Apabila seseorang bangansawan mematahkan tulang seorang bangsawan lain, tulangnya akan dipatahkan.
Perbezaan HukumJika seseorang bangsawan telah mematah tulang rakyat biasa, bangsawan itu akan didenda.


Sistem tulisan
  1. Kewujudan sistem tulisan telah membawa kepada sistem pendidikan yang bertujuaan untuk melahirkan jurutulis. 
  2. Kehadiran jurutulis ini membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat supaya dapat direkodkan.
  3. Dalam perdagangan, kesemua urusan jual belinya disertakan resit, nota dan surat kredit.
  4. Tulisan juga telah melahirkan tradisi kesusasteraan.Hasil kesusteraan yg terkenal bagi tamadun Mesopotamia ialah Epik Gilgamesh, karya sastera yg tertua di dunia.
  5. Epik ini mengalami falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.


Astronomi
  1. Tamadun Mesopotamia juga  merupakan penyumbang kpd perkembangan ilmu astronomi. Pencerapan terhada pergerakan bulan, bintang dan matahari telah membawa kepada perkembangan ilmu matematik seperti sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi dan punca ganda dua yg kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri.
  2. Kemahiran dalam bidang astronomi juga telah membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta kalender yg berasaskan sistem solar yg mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.

Perubatan 
  1. Semasa pemerintahan Kerajaan Assyria perkembangan ilmu perubatan telah menjadi perhatian utama.
  2. Kerajaannya amat mementingkan kesihatan anggota tenteranya.
  3. Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan telah dikatalogkan disampelkan penggunannya.
  4. Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah dicatatkan sebagai panduan kepada pengamal perubahan.
  5. Terdapat sebuah Perpustakaan  Diraja yg mengandungi lebih kurang 22 000 keping tablet tentang pelbagai penemuaan ilmu pengetahuan dan sejarah lampau Mesopotamia
  6. Perustakaan ini telah ditubuhkan oleh pemimpin Ashurbanipal (668 - 627 S.M.) di bandar Nineveh.
  7. Kebanyakan koleksi ilmu pengetahuan  ini berbentuk formula perubatan, beribu-ribu pucuk surat dan dokumen perniagaan serta susunan peristiwa peperangan yang berlaku mengikut urutan peristiwa sejarah.

Penciptaan roda

  1. Tamadun Mesopotamia juga menyumbang dalam penciptaan roda untuk memudahkan urusan pengangkutan.
  2. Roda digunakan dalam menghasilkan kereta kuda sama ada untuk tujuan peperangan atau kegunaan pd masa aman.
  3. Penciptaan roda membolehkan orang Sumeria mencipta kincir air ke kawasan tandus dan meningkatkan hasil pertanian disamping dapat mengawal banjir.
  4. Tamadun Sumeria juga telah menyumbang ciptaan alat pengankutan yg terawal kepada dunia. Orang Sumeria juga telah menggunakan kapal layar serta pengangkutan beroda sejak 3000 S.M.
  5. Mereka telah mampu mengusai jalan darat serta jalan laut sehingga mereka dapat berhubung dgn wilayah India serta wilayah lain di kawasan Laut Mediterranean.

Pencipataan Batu Bata
  1. Tamadun Mesopotamia telah memperkenalkan kepada dunia cara membuat batu bata daripada tanah liat.
  2. Mereka juga telah mencipta arca dan tiang batu. Contohnya arca Patung Raja Gudea.
  3. Arca dan tiang batu ini dapat dilihat dalam seni bina Zigurat.

Kepimpinan Berwibawa

  1. Tamadun Sumeria juga telah menyumbangkan contoh kepimpinan yang berwibawa.
  2. Raja Sargon telah berjaya mewujudkan kerajaan Akkad, iaitu Empayar pertama di dunia.
  3. Raja Sargon telah berjaya menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria di selatan Mesopotamia.
  4. Beliau telah menjadi perintis kepada pembentukan sebuah empayar yang kemudiannya menjadi ikutan pemerintah seterusnya seperti Firaun Tutmose III pada zaman Mesir Purba.
  5. Tamadun Sumeria juga telah menyumbang kepada pembentukan sebuah masyarakat yang lebih berestetika.