Peningkatan Ekonomi Tamadun Yunani
- Akitiviti ekonomi seperti kegiatan perdagangan menjadi tumpuan utama di hampir semua negara kota di Yunani, kecuali Sparta.
- Keadaan bentuk muka buminya yang bergunung-ganang sesuai untuk kegiatan pertanian.
- Terdapat peningkatan yang tinggi dalam kegiatan perdagangan dengan kawasan luar menerusi jalan laut.
- Pada peningkatan awalnya, kegiatan perdagangan hanya berlaku antara kawasan di persisiran pantai yang berhampiran dengan Mesir, Syria dan Phoenecia.
- Kekurangan tanah untuk kegiatan pertaniaan menyebabkan Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan makanan.
- Keadaan ini menyebabkan negara kota Yunani terpaksa mendapatkan bekalan makanan dari kawasan luar.
- Athens telah mendapatkan bekalan makanan dari kawasan selatannya dan dari Laut Hitam.
- Athens juga telah menjadi pusat pengumpulan barang keperluan yang datang dari Timur.
- Kenaikan cukai barang yang diperdagangkan telah menyebabkan kenaikan harga barang.
- Perkara ini menyebabkan banyak rakyat Yunani berpindah ke tempat-tempat lain seperti Alexandria pada zaman Graeco-Roman iaitu pada tahun 300 S.M.