Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun India
- Pembentukan awal Tamadun India iaitu antara 600-320 S.M. yg mempunyai dua bentuk kerajaan, iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar.
- Kerajaan kecil masih mengamalkan sikap berpuak-puak dan tidak mempunyai raja.
- Kerajaan besar pula seperti kerajaan kashi, kosala dan Magadha diketuai oleh pemerintahan beraja.
- Raja mengamalkan pemerintah berkuasa mutlak dan dikukuhkan lagi dgn pelbagai bentuk upacara ritual yg berasaskan kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah suci dan harus dihormati.
- Golongan agama iaitu Brahmin telah bertindak sebagai penasihat penting kepada raja, diikuti oleh golongan Ksyatria yg menjadi pemerintahan tertinggi serta merupakan golongan dominan.
- Maharaja Chandragupta Maurya telah berjaya menyatukan kerajaan-kerajaan kecil India dari tahun 321-185 S.M menjadi sebuah empayar Maurya yg kemudiannya mengubah status raja kepada maharaja.
- Empayar Maurya meliputi kawasan dari Teluk Benggala hingga ke Pengunungan Hindu Kush.
- Ibu negaranaya terletak di Pataliputra.
- Semasa pemerintahan Maharaja Asoka, iaitu dari tahun 273 S.M. - 232 S.M., empayar Maurya telah mencapai zaman kegemilangannya.
- Hal ini demikian kerana Asoka berjaya menamatkan perang saudara selepas kematian ayahnya, Bindusara dan kejayaan yg lebih besar ialah dengan menakluk negeri Kalinga yg mempunyai penduduk yg ramai di India.
- Peperangan in berlaku pada tahun 261 S.M. dalam usaha Asoka untuk mewujudkan sebuah empayar yg agung.
- Dalam peperangan tersebut, seramai 100 000 orang telah terkorban sementara 150 000 orang telah mengalami kecederaan.
- Peperangan Kalinga telah menyedarkan Asoka akan kesan peperangan yg telah membawa penderitaan dan kematian.
- Peperangan itu merupakan titik permulaan kepada Asoka memeluk agama Buddha dan seterusnya mengembangkan ajaran tersebut.
- Asoka mula menekan kedamaian dan kemajuan sosial serta menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha>
Walaupun beliau mempunyai kuasa mutlak Maharaja Asoka telah membentuk birokrasi pentadbiran untuk menjalankan pemerintahannya.