Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun China
- Dinasti Chin (221-206 S.M.) telah memulakan zaman empayar di China, perluasan kuasa yang dijalankan telah mengubah bentuk pemerintahan daripada sistem feudal kepada pemerintahan pentadbiran berpusat.
- Gelaran maharaja juga telah digunakan oleh pemerintahannya juga telah digunakan oleh pemerintahannya yang membolehkan pembentukan sebuah sistem pentadbiran atau birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja.
- Sistem pentadbiran ini melibatkan pelbagai peringkat dan mempunyai banyak peraturan.
- Mereka yang dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan tersebut dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam, iaitu Hon Kao Tsu.
- Pelantikan pegawai-pegawai ini berasaskan kepada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam.
- Sistem ini telah diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diikuti oleh dinasti yang lain.
- Shih Huang Ti adalah tokoh penting yang memainkan peranan dalam hal tersebut.